Wednesday, 4 May 2022

MAKSUD ‘BOJENG’ DIALEK KELANTAN

 
Satu perkataan dialek Kelantan yang semakin dilupakan generasi muda ialah ‘bojeng’. Perkataan ‘bojeng’ membawa dua maksud iaitu ‘berambut panjang’ dan ‘gunting rambut'.

Namun, maksud ‘bojeng’ yang biasa digunakan ialah sebagai kata kerja iaitu ‘gunting rambut’. Contoh ayat dalam dialek Kelantan; “Lo ni, rama budok tino bojeng pendek mace ore jate.” Maksudnya dalam bahasa baku; “Sekarang ni, ramai budak perempuan gunting rambut pendek seperti lelaki.”

Dahulu, sesiapa yang bojeng akan menjadi perhatian, kerana dianggap satu amalan yang jarang dilakukan. Sebaliknya pada ketika itu orang lelaki lebih banyak yang mencukur botak rambutnya untuk membuang rambut yang telah panjang. 

Ada orang mendapat gelaran "Abe Bojeng" kerana dia selalu bojeng dan tidak mencukur rambutnya. 

No comments:

Post a Comment