Tuesday, 10 February 2026

BATU NISAN SUNGAI

 
Batulkah batu nisan sungai dianggap hidup dan sentiasa berzikir kepada Allah SWT. Zikir daripada batu itu nanti akan dapat mengurangkan beban siksa di dalam kubur.

Hujah itu dikaitkan peristiwa nabi memacakkan pelepah tamar di kubur sahabatnya yang sedang disiksa.
 
Banyak pendangan ulama dalam soal ini. Ada ulama berpegang bahawa peristiwa ini adalah peristiwa khusus yang tidak boleh diqiaskan kerana hikmatnya dan sebabnya tidak dapat difikirkan kerana berkait dengan doa Rasulullah SAW dan tambahan pula ia adalah perkara ghaib, yakni kedua-duanya itu sedang diazab dalam kubur. (Syabbir Ahmad ‘Uthmani, Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 3, hal. 93.).
 
Oleh kerana itu, baginda tidak melakukannya kecuali untuk dua kubur ini sahaja. Perbuatan sahabat bertanya menunjukkan bahawa ini tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tidak pula diperintahkan supaya diikuti oleh para sahabat. Ini menunjukkan bahawa perbuatan ini khusus kepada baginda sebagai doa dan syafaat nabi untuk umatnya. (Muhammad bin ‘Ali, Zakhirah al-‘Uqba Fi Syarh al-Mujtaba, jil. 1, hal. 515)

Menyalahgunakan kaedah qias dan meluaskan pemakaiannya dalam masalah ini tidak akan memberikan apa-apa manfaat melainkan hanya menimbulkan pelbagai jenis bidah dan khurafat dalam masyarakat. Atas alasan qias, orang ramai meletakkan bunga-bunga di atas kubur serta menyirami dengan air mawar.
 
Apabila mereka merasakan kesegaran pelepah tamar dan bunga itu tidak berpanjangan lalu mereka menanam pokok bunga di atas kubur serta menghias pula dengan anak-anak batu.
 
Tujuannya tidak lain kerana menyangka semuanya itu akan memberi manfaat kepada si mati. Padahal hanya iman dan amal sahaja yang berguna. Disedari ataupun tidak, mereka telah menyerupai amalan Kristian dalam upacara kematian mereka.

Selain itu, mengkhususkan benda hidup sahaja bertasbih adalah tidak tepat kerana segala yang ada di langit dan di bumi, semuanya bertasbih dan menyebut-nyebut nama Allah SWT sama ada ianya lembab atau kering.

Mengapa Rasulullah SAW memacak pelepah tamar di dua buah kubur itu sedangkan batu-batu, tanah dan pasir yang ada di situ juga bertasbih kepada Allah SWT. Jawabnya ini adalah syafaat dan doa baginda. Inilah sebabnya mengapa baginda tidak memacakkan kepada kubur-kubur yang lain.

Kesimpulannya, hukum ini tidak umum dan tidak boleh diqiaskan kepada kes orang lain. (Taqi Uthmani, Takmilah Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 6, hal. 525., Abdullah Al Bassam, Taysir al-‘Allam Syarh ‘Umdah al-Ahkam, jil. 1, hal. 60)
 
Begitu juga tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa sahabat-sahabat lain ada melakukannya kecuali yang apa diriwayatkan daripada Buraidah bin al-Husaib bahawa beliau mewasiatkan supaya meletakkan dua pelepah tamar di atas kuburnya.

Perbuatan Buraidah ini tidak boleh dijadikan hujah kerana alasan-alasan berikut: Pertama, ini adalah pendapat peribadi beliau dalam keadaan sahabat-sahabat yang utama tidak melakukannya dan hanya beliau seorang sahaja.

Kedua, beliau melakukan ini hanya semata-mata untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW yang pernah melakukan begitu. Ikutan ini dinamakan sebagai ittiba’ suri iaitu mengikuti sunnah secara zahir bukan sunnah yang disyariatkan.

Ketiga, Buraidah tidak pernah berniat berbuat demikian untuk melepaskan diri dari azab kubur, kerana sebagai sahabat yang pernah menyertai Baiah Ridwan, beliau meyakini hanya iman dan amalan soleh sahaja yang dapat menolong seseorang menyelamatkan diri dari azab Allah.

Keempat, Bukhari menyebutkan daripada Ibn ‘Umar bahawa beliau melihat sebuah khemah di atas kubur Abdul Rahman bin Abu Bakar, lalu memerintahkan supaya ia dicabut dan berkata: “Sebenarnya yang melindunginya adalah amalannya.” (Al-Bukhari, Kitab al-Jana`iz, Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr.)
 
Dengan ini difahami bahawa al-Bukhari berpendapat tindakan Buraidah itu tidak boleh dijadikan hujah kerana Ibn ‘Umar tidak sependapat dengannya dan beliau seorang sahabat yang cukup mendalam ilmunya tentang sunnah Rasulullah SAW.
 
Dapatkan nisan batu sungai     
 
Di Shopee
https://s.shopee.com.my/4AtvHFWKLH? 

No comments:

Post a Comment