Tuesday 17 August 2021

CARA MUDAH JERUK BUAH KELUBI

Buah kelubi atau asam kelubi sejenis tumbuhan dalam keluarga pokok palma. Pokok kelubi yang juga dikenali asam paya hampir sama dengan pokok nipah tetapi lebih kecil. Buah kelubi boleh dijadikan jeruk kelubi.

Pokok kelubi tubuh di kawasan paya hampir sama dengan pokok nipah. Sebab itu ia juga dikenali asam paya. Tetapi, pokok kelubi tumbuh tetapi lebih ke darat.

Buah kelubi mempunyai rasa yang sangat masam. Kalau hendak dimakan dicicah gula atau garam, ramai yang tidak sanggup merasai masamnya.

Jadi cara untuk menjadikan buah kelubi boleh dimakan dengan sedap ialah dengan membuatnya jeruk. Rasa masam kelubi yang dijeruk akan berkurangan. Sebaliknya akan sedikit rasa manis dan masin hasil campuran gula dan garam.

Proses awal membuat jeruk kelubi ialah buahnya terlebih dahulu dikupas kulit. Kulit kelubi lebih tebal berbanding salak. Jadi, elok diguna pisau untuk mengupasnya.

Proses menjeruk kelubi dimulai dengan merendam dalam garam untuk semalaman. Kemudian air garam itu dibuang. Masukkan pula air gula atau gula kasar.

Gula kasar itu akan mencair sendiri dan membentuk kuah bersama air yang keluar dari buah kelubi.

Kalau tidak mahu direndam terlebih dahulu dalam air garam, boleh terus dimasukkan gula.

Boleh juga masukkan gula melaka dan cili untuk menambah rasa. Tutup bekas dan simpan untuk beberapa hari. Boleh disimpan pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

Berapa hari perlu dijeruk? Terpulang kepada anda. Biasanya dua atau tiga hari agar air gula meresap masuk di dalam buah kelubi. Buah kelubi jeruk akan sedikit nampak kecut apabila air kelubi keluar hasil proses osmosis. 

No comments:

Post a Comment