Monday 9 August 2021

Perjalanan terakhir Siti Sarah Raisuddin

Jenazah penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Suami Allahyarham, Shuib dan adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed mengiringi jenazah sehingga ke liang lahad dengan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu dikebumikan di lokasi sama kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini..

Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Selain, Ayash Affan, pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6. 



 

No comments:

Post a Comment