Sejak akhir-akhir ini, timbul isu berkenaan pencerobohan
kapal dan pesawat pertahanan China ke kawasan zon maritim Malaysia di Sarawak
iaitu kawasan Beting Patinggi Ali.
Beting Patinggi Ali adalah milik Malaysia dan Malysia tidak pernah
mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain memandangkan ia di
dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika
(155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak dan dalam
kawasan perairan ZEE Malaysia.
Kedaulatan negara akan terus dipelihara dan sentiasa menjadi
keutamaan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Justeru,
ATM sentiasa menggerakkan aset ketenteraan untuk memantau kawasan pertikaian di
sekitar Beting Patinggi Ali.
Langkah berkenaan diambil adalah untuk memantau kehadiran
kapal pengawal pantai China dan penting untuk negara meletakkan aset
ketenteraan di kawasan pertindihan itu bagi mengelakkan ia dianggap dimiliki
negara lain.
Beting Patinggi Ali ini merupakan kawasan perairan kompleks
batu karang yang paling kurang dikenali dan diterokai di Laut China Selatan.
Beting ini turut dikenali dengan nama Luconia Shoals, Beting Raja Jarum,
Nama beting ini pula diberikan sempena nama seorang pemimpin
masyarakat Melayu di Sarawak pada awal abad ke-19, Datu Patinggi Ali. Beliau
menentang pemerintahan kerajaan Brunei yang pada ketika itu diterajui oleh
Pengiran Mahkota dan Raja Muda Hashim iaitu sekitar tahun 1837-1840.
Datu
Patinggi Ali dilantik oleh James Brooke sebagai ketua masyarakat Melayu di
Sarawak untuk bersama-sama memimpin Sarawak di bawah pemerintahan Rajah Putih.
Nama Luconia pula adalah sempena nama lama sebuah pulau di
Filipina iaitu Pulau Luzon, tetapi ditulis dalam ejaan Latin lama seperti mana
yang ditemui dalam peta Latin lama, Itali dan Portugal.
Beting ini dikatakan berada di kedudukan paling selatan dalam
gugusan Kepulauan Spratly. Difahamkan, beberapa ribu kilometer persegi di
bahagian utara dan selatan beting ini sebenarnya mempunyai pentas dasar dengan
kedalaman 5 hingga 40 meter di bawah paras laut.
Malah, dasar laut di kawasan beting ini juga mempunyai
sumber gas asli dan minyak yang masih banyak dan belum diterokai oleh mana-mana
pihak.
Baca juga:
No comments:
Post a Comment