Teh hijau mempunyai banyak manfaat dan khasiat jika
diamalkan meminumnya. Antara manfaat teh
hijau ialah dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan
mengecut pada kadar yang betul.
Penggunaan teh hijau dipercayai dapat menolong mengekalkan
kecergasan memori atau fungsi otak.
Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan
masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.
Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan
radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of
Cellular Biochemistry, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan
sebagai pencegah kanser.
Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40 peratus kandungan polifenol.
Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu
meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.
Selain itu, telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap
kanser melalui percubaan terhadap haiwan.
Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan
risiko terkena penyakit kanser.
Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat
dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah
sakit jantung, strok dan kanser.
Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah
lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994.
Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah
dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh
hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan
lemak arteri dan kolesterol.
Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah
membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu
meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan antibakteria
yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh
bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi.
Tindakan antibakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau
masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria,
meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria
kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya
seperti clostridia dan E. coli.
Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat
untuk merawat. Teh hijau merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai
kesan antitoksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.
Satu lagi manfaat teh hijau ialah menurunkan tekanan darah. Penyebab
utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal.
Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau
merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan
tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
Dapatkan teh hijau
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/AUoIsF1Sbi?

No comments:
Post a Comment