Ada individu mewasiatkan kepada anak atau
waris agar batu nisan di kuburnya nanti adalah daripada jenis batu sungai. Permintaan
itu kerana menganggap batu sungai ini sebenarnya hidup dan sentiasa berzikir
kepada Allah SWT. Zikir daripada batu itu nanti akan dapat mengurangkan beban
siksa di dalam kubur.
Golongan ini juga berhujah dengan hadis tentang peristiwa nabi memacakkan pelepah tamar di kubur sahabatnya yang sedang disiksa. Mereka juga berkata pelepah tamar itu telah menjadi syafaat kepada mayat di dalam kubur.
Daripada Ibn Abbas ketika berjalan melewati dua kubur yang penghuninya sedang diseksa, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksu: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang diseksa, dan tidaklah keduanya diseksa disebabkan berbuat dosa besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing sedang yang satunya lagi kerana selalu mengadu domba.
“Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah daunnya lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian menancapkannya pada masing-masing kuburan tersebut. Mereka (para sahabat) bertanya: "Kenapa anda melakukan ini?.
“Baginda menjawab: “Semoga diringankan (seksaannya) selama batang pohon ini basah” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Banyak pendangan ulama dalam soal ini. Ada ulama berpegang bahawa peristiwa ini adalah peristiwa khusus yang tidak boleh hendak diqiaskan kerana hikmatnya dan sebabnya tidak dapat difikirkan kerana berkait dengan doa Rasulullah SAW dan tambahan pula ia adalah perkara ghaib, yakni kedua-duanya itu sedang diazab dalam kubur. (Syabbir Ahmad ‘Uthmani, Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 3, hal. 93.).
Oleh kerana itu, baginda tidak melakukannya kecuali untuk dua kubur ini sahaja. Perbuatan sahabat bertanya menunjukkan bahawa ini tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tidak pula diperintahkan supaya diikuti oleh para sahabat. Ini menunjukkan bahawa perbuatan ini khusus kepada baginda sebagai doa dan syafaat nabi untuk umatnya. (Muhammad bin ‘Ali, Zakhirah al-‘Uqba Fi Syarh al-Mujtaba, jil. 1, hal. 515)
Al-Khattabi, seorang ulama hadis yang terkenal ketika menghuraikan hadis ini di dalam kitabnya Maalim al-Sunan Syarh Sunan Abi Daud menyebutkan: “Kata-kata Rasulullah SAW “semoga ia meringankan untuk mereka berdua” itu adalah dari sudut memperoleh keberkatan daripada kesan Rasulullah SAW dan doa baginda supaya diringankan azab daripada mereka berdua.
"Seolah-olah baginda menjadikan
tempoh lembabnya pelepah itu sebagai had kepada doa keringanan azab itu
daripada mereka berdua bukan kerana pelepah yang basah itu mempunyai makna yang
tidak terdapat pada pelepah yang kering.
"Orang ramai di kebanyakan negeri
menghamparkan daun tamar di atas kubur-kubur dan saya berpendapat bahawa
perbuatan mereka itu tidak mempunyai satu dalilpun. Wa Allah A’lam.” (Ma’alim
al-Sunan, jil. 1, hal. 18)
Dapatkan nisan batu sungai
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/4AtvHFWKLH? .
- https://s.shopee.com.my/4AtvHFWKLH? .

No comments:
Post a Comment