Monday 28 May 2018

Khasiat kopi untuk lelaki

Minum kopi sering dikaitkan sebagai kaedah untuk meningkatkan keupayaan seksual lelaki. Amalan meminum kopi memberi kebaikan dan manfaat besar untuk membantu lelaki jadi perkasa. Kopi dapat membantu mengatasi masalah tenaga batin, yang juga dikenali mati pucuk.

Kopi merupakan herba bersifat perangsang adrenal yang meningkatkan perembesan hormon kortisol dan adrenalina yang masing-masing dirembes oleh adrenal cortex dan adrenal medulla.

Kedua-duanya merangsang sistem saraf simpatetik yang antara lain bersifat mengecutkan arteri dan seterusnya meningkatkan tekanan darah.

Peningkatan tekanan darah yang biasanya bersifat sementara ini dipercayai membantu membesarkan zakar dan memantapkan ereksi pada sesetengah orang.

Ia juga dipercayai tingkatkan kesensitifan zakar terhadap sentuhan. Peningkatan kesensitifan juga dipercayai berlaku pada faraj kaum wanita.

Sebuah kajian berbentuk soal selidik seperti dilaporkan dalam artikel berjudul Sexual Function in The Elderly mendapati pengambilan kopi sekurang-kurangnya secawan sehari dikaitkan dengan aktiviti seks yang lebih tinggi pada golongan wanita.

Manakala pada lelaki ia dapat meningkatkan kadar potens pada golongan lelaki. Maksud potens di sini ialah keupayaan mengalami ereksi dan ia bertahan lama. 

Potens ialah lawan kepada impotens yang bermaksud ketidakupayaan untuk mengalami dan mengekalkan ereksi ketika mengadakan hubungan biologi.

No comments:

Post a Comment