Tahukah
anda, kilang Mancis Cap Lada di Kelantan merupakan kilang mancis paling lama
dan tertua di Malaysia. Ia dibuka sejak tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933
sehingga kini (2022).
Mancis Cap Lada atau 'gesek' dalam dialek Kelantan sinonim dengan Kelantan
Match Factory. Mancis Cap Lada terdapat di setiap rumah yang digunakan untuk
menghidupkan api.
Kilang
Mancis Cap Lada yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota
Bharu, Kelantan atau lebih dikenali Sungai Keladi.
Kilang
ini menjadi 'land mark' kepada kawasan ini yang dikenali kebanyakan orang Kota
Bharu.
Kilang
itu cukup terkenal dan berjasa menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada
penduduk Kota Bharu. Orang Kelantan panggil mancis sebagai 'gesek'. Maka,
ketika itu peluang bekerja di kilang gesek sudah dianggap hebat.
Kilang
ini pada kemuncak kegemilangan pernah mengeluarkan kira-kira 2 juta kotak
mancis sebulan dengan 300 orang pekerja yang bekerja dua shif.
Namun
pengeluaran sekarang jatuh merundum hanya sekitar 100,000 kotak mancis sehari dan
bilangan pekerja juga dikurangkan mengikut keperluan tenaga kerja, sekitar 30
orang.
Penggunaan
gesek kini semakin kurang disebabkan diganti pemetik api yang lebih mudah
digunakan.
Mancis
jenis batang atau gesek semakin dilupakan biarpun masih ada permintaan
terhadapnya. Generasi hari ini tentu sudah ramai tidak mengenali gesek.
Pun
begitu, masih ada permintaan terhadapnya oleh peminat setianya yang sudah
biasa menggunakan produk tersebut dalam kehidupan harian.
Mancis
atau gesek kekal relevan kerana masih digunakan untuk membakar sampah,
menyalakan rokok, menghidupkan kayu api dan sebagainya.
Memang
diakui biarpun ketika ini orang ramai lebih selesa menggunakan pemetik api,
nilai sentimental yang ada pada gesek menyebabkan permintaan terhadap produk
hasil tangan anak Kelantan itu tidak pernah putus.
Cetusan
api gesek berserta bau belerang memberi satu perasaan berbeza kepada pengguna
berbanding jika mereka menggunakan pemetik api.
Kualiti
mancis Cap Lada yang dihasilkan di kilang ini kekal sama sejak 1933, ia antara
faktor penyumbang kenapa produk ini terus berada dalam pasaran. Kilang
itu sudah beroperasi di tapak kompleks seluas 1.13 hektar sejak 1933.
Ada
tiga kilang utama di dalam kompleks tersebut iaitu kilang menghasilkan kotak
mancis, batang mancis dan bahagian pembungkusan. Proses dilakukan di
kilang berbeza bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Mengenai
mancis, di hujung batang mancis atau dipanggil kepala mancis terdapat belerang.
Terdapat
dua jenis mancis iaitu mancis flaksible yang mana kepala anak mancis boleh digesekkan
di mana-mana bahagian permukaan kasar untuk menghasilkan api.
Manakala
mancis keselamatan pula hanya boleh digunakan apabila kepala mancis digesekkan
kepada kertas belerang yang dilekatkan pada kotak mancis. Kilang Mancis
Cap Lada hanya mengeluarkan mancis keselamatan.
Apabila
digesekkan, akan terhasil api yang akan turut membakar batang mancis secara
perlahan-lahan. Sebab itu, dalam dialek Kelantan, mancis jenis ini dipanggil
'gesek' manakala pemetik api menggunakan gas dan 'batu' pula dipanggil 'meceh'.
Gambar:
Bernama
No comments:
Post a Comment