Masjid
tempat perpaduan, selain menunaikan ibadat solat dan aktiviti keagamaan. Namun,
ada masjid menjadi tempat sebaliknya apabila ada diadakan aktiviti yang membawa
kepada suasana tidak menyenangkan.
Terdapat
masjid yang mengadakan program rutin ceramah agama, tetapi menyimpang dengan
menuding jari menyalahkan atau mengagungkan sesuatu pihak.
Biasanya
hanya pada mula saja disentuh soal agama, sedang selepas itu terus melancung
dalam hal-hal lebih kepada kepartian.
Lebih
menyedihkan perkataan kesat, mencela dan gelak tawa tiada batasan dianggap
perkara biasa yang diamalkan di dalam rumah ibadah.
Ternyata
apa yang dilakukan itu bertentangan dengan konsep yang dituntut oleh Islam,
lebih-lebih lagi perbuatan buruk itu dilakukan di masjid.
Masjid
yang dibina sebagai rumah ibadah bagi umat Islam memperoleh keberkatan dan
ganjaran pahala bertukar sebaliknya menjadi sarang membuat dosa.
Di
masjid sepatutnya menjadi medan untuk membentuk kerjasama dan perpaduan di
kalangan penduduk setempat, selain mendapat ilmu agama melalui kelas agama yang
diadakan di situ.
Tidak
wajar ada pihak atau individu disindir dan dipandang serong oleh segelintir
jemaah berikutan berlainan fahaman politik atau minat.
Tindakan
segelintir pihak yang menjadikan masjid sebagai landasan berpolitik kepartian
layak dipanggil sebagai golongan pemecah belah.
Sepatutnya
di masjid peluang untuk melupakan seketika perbezaan fahaman politik. Betulkan
niat kita untuk menjadi tetamu Allah dan menghampirkan diri kepada Maha
Pencipta.
Masjid
bukan tempat menyebarkan fahaman politik yang lebih kepada menyebabkan
perpecahan. Masjid yang sepatutnya digunakan sebagai pusat penyatuan umat Islam
tanpa mengira fahaman politik, kedudukan dan bangsa.
Pada
zaman Rasulullah SAW, urusan politik memang dibuat di dalam masjid. Namun
politik yang dimaksudkan ialah lebih kepada urusan pentadbiran negara dan
kepentingan umat Islam.
No comments:
Post a Comment