TGV (train à grande vitesse) adalah nama
perkhidmatan kereta api laju di Perancis. Ia dibangunkan oleh GEC-Alsthom (kini
Alstom) dan National Company of the French Railways (SNCF). Pengendali operasi dilakukan oleh SNCF.
Rangkaian TGV, berpusat di Paris, telah berkembang untuk
menghubungkan bandar di seluruh Perancis yang turut dimanfaatkan oleh negara jiran. Ia
memegang rekod untuk kereta api beroda terlaju, dan purata kelajuan tertinggi
untuk khidmat penumpang yang berterusan. .
Pkhidmatan TGV sentiasa dipertingkat daripada segi
kecekapan, keselesaan dan kelajuan. Pihak SNCF telah memperkenalkan TGV inOui sebagai
jenama perkhidmatan kereta api TGV baharu.
SNCF menggantikan perkhidmatan TGV 'klasik' dengan jenama
premium inOui dan jenama kos rendah Ouigo sebagai persiapan untuk infrastruktur
rel berkelajuan tinggi
Nama 'inOui' diambil sebahagiannya kerana ia menyerupai
perkataan Perancis "inouï" yang bermaksud 'luar biasa'. .
Pada tahun 2017, kereta api TGV inOui telah diuji di laluan
Paris – Bordeaux – Toulouse. Jenama ini diperkenalkan secara rasmi pada bulan
September 2018.
Tujuannya adalah untuk menggantikan perkhidmatan TGV yang sedia
ada dengan "lebih keselesaan, perkhidmatan dan konektiviti". Pada
bulan Disember 2018, kereta api beroperasi antara Lille, Marseille dan Nice
dari Paris dan beroperasi di seluruh rangkaian yang lain mulai tahun 2020.
TGV SECF membawa penumpang ke lebih 200 destinasi pada
kelajuan mencecah hingga 320 km/j. Dilancarkan sebagai perkhidmatan premium
SNCF pada tahun 2022 untuk menggantikan TGV tradisional, TGV INOUI menjanjikan
perjalanan yang pantas dan selesa.
TGV Inoui adalah lebih daripada sekadar kereta api
baharu; ia adalah kereta api berkelajuan tinggi revolusi. Direka untuk
menjadi 20 peratus lebih jimat tenaga daripada model sebelumnya.
Ciri TGV Inoui dalaman berwarna terang, tempat duduk
ergonomik, dan estetik futuristik yang menggabungkan kemodenan dengan tradisional.
TGV Inoui turut mendapat pujian kerana menyumbang 20
peratus lebih jimat tenaga berbanding model sebelumnya.
No comments:
Post a Comment