Tuesday 10 January 2023

POKOK ARA TUMBUH SEMULA JADI

 
Pokok ara ada banyak jenis. Ia merupakan salah satu genus daripada 800 spesies pokok berkayu, pokok renek dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Majoriti pokok ini berasal di kawasan tropika, dan ada juga yang mendiami kawasan iklim sederhana yang ada ciri cuaca seperti di tropika.
 
Tidak semua jenis buah ara boleh atau sesuai dimakan. Di negara kita, buah ara yang dimakan biasanya dicampur di dalam gulai. Di Kelantan, gulai kawah atau ketika kenduri paling popular dicampurkan dalam gulai daging lembu mahupun daging kambing.
 
Campuran buah ara dalam gulai kenduri sebagai tambahan kepada daging. Kira jimat penggunaan daging. Selain itu, pemilihan buah ara juga kerana ia sedap dan menyelerakan. Ada tetamu yang memilih buah ara berbanding daging untuk dimakan. Bahkan ia menjadi menu yang dinanti-nanti ketika jamuan kenduri kahwin.
 
Buah ara sebenarnya juga dipanggil buah tin. Tetapi dalam masyarakat kita menganggap buah ara sebagai buah tin jika bentuknya besar dan diimport dari luar negara atau benihnya dikenali ‘pokok tin’.
 
Nama buah tin ada disebutkan di dalam al-Quran. Bahkan, dipercayai pokok tin antara pokok terawal yang ditanam oleh manusia untuk mendapatkan buahnya.
 
Buah ara banyak khasiat. Macam-macam khasiatnya. Jadi, rugi kalau kita tidak mendapatkan manfaat khasiat buah yang banyak terdapat di sekitar kita.  
 
Apa yang perlu diketahui ialah jenis-jenis buah ara yang boleh dimakan dan sedap. Jangan sia-siakan anugerah yang ada di sekeliling kita. 

No comments:

Post a Comment