Saturday, 14 January 2023

MAKSUD PERIBAHASA DIAM-DIAM UBI BERISI

 
Ada satu peribahasa tentang sikap berdiam, tetapi ada hasil yang dicapai. Peribahasa tersebut ialah diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat. 

Maksud peribahasa itu ialah sikap pendiam tetapi berfikiran atau banyak pengetahuan. Ia juga bermaksud bekerja dengan diam-diam, tetapi ada hasilnya.
 
Ia berlawan dengan peribahasa satu lagi iaitu tin kosong. Maksud peribahasa tin kosong ialah orang yang banyak bercakap tetapi tiada berilmu. Memberi tahu membuat itu dan ini, tetapi hasilnya tiada.
 
Jangan jadi seperti tin kosong, tetapi ambil dan amallah resam diam-diam ubi berisi. 

No comments:

Post a Comment