Jering
terkenal di Malaysia. Penggemar jering terdiri pelbagai bangsa. Di kalangan
orang Melayu, jering dipelbagikan penggunaannya dari buah muda hinggakan yang
sudah tua.
Jering
mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ia turut menyebab bau busuk pada najis
lebih daripada biasa, tetapi tidak seteruk kesan makan petai. Selain itu kesan makan
jering juga menyebabkan air kencing yang berbau hancing kuat.
Jering
yang dipilih untuk dijadikan ulam biasanya yang masih muda. Isinya lembut
dan mudah untuk dikenyah. Isi buahnya menjadi keras apabila semakin
tua.
Buah
jering yang telah tua tidak sesuai dijadikan ulam kerana telah keras, kecuali
mereka yang memiliki gigi yang kuat dan inginkan cabaran memakan jering.
Namun,
peminat jering masih berpeluang memakan jering tua dengan cara 'relung' atau
menyimpan atau meletakkan isi buah jering di dalam pasir atau tanah yang
basah.
Buah
itu akan mengembang untuk bercambah dan ketika itu isinya menjadi lebih lembut
dan sesuai untuk dijadikan ulam.
Ia
juga sebahagian proses untuk menyimpan agar isi jering boleh disimpan
lama. Jering relung boleh dibiarkan berada di dalam pasir sehingga anak
pokok jering mula tumbuh.
Bagaimanapun, jika anak benih semakin membesar, rasa jering semakin tawar dan tidak sedap lagi kerana sebahagian khasiatnya telah digunakan untuk tumbesaran anak benih.
Selain
itu, isi jering yang tua juga direbus. Biasanya untuk merebus jering tua
mengambil masa yang lama.
Proses
merebusnya juga ada petua yang perlu diikuti seperti dicampurkan sama dengan
abu, akar kelapa, besi dan pelbagai tambahan lain.
Ini
dikatakan untuk mengelak pemakannya terkena masalah untuk kencing. Secara teori
sains, tujuan dimasukkan bahan-bahan itu untuk proses osmosis di mana kandungan
kimia di dalam buah jering itu 'ditarik' keluar dan menjadikan ia lembut dan
kurang berbau, selain mengurangkan kesan 'racun' yang terdapat di
dalamnya.
Buah
jering rebus sedap dimakan bersama kelapa muda parut yang dicampurkan dengan
gula dan sedikit garam.
No comments:
Post a Comment