William
Cuthbert Faulkner merupakan seorang penulis novel sejarah yang berasal dari
Amerika Syarikat. Karya-karyanya terkenal mempunyai kekuatan imaginasi serta
kedalaman psikologi yang luar biasa sehingga menjadikanya sebagai salah satu
penulis novel Amerika Serikat yang terbaik.
Dia
juga pernah menerima penghargaan Nobel untuk bidang kesusasteraan pada tahun
1949. Bahkan dua dari karyanya yang berjudul "A Fable" (1954) dan
"The Reivers" (1962) pernah menang penghargaan Pulitzer untuk bidang cereka.
Faulkner dilahirkan di New Albany, Mississippi, 25 September 1897. Faulkner penah
bekerja di bank milik datuknya. Dia tidak melanjutkan pengajian di peringkat
tinggi kerana terlalu minat membaca dan kecintaannya terhadap dunia puisi.
Dia pernah memohon untuk menyertai Tentara Amerika Syarikat pada tahun 1918, namun
tidak berjaya disebabkan tidak memenuhi syarat ketinggian dan berat badan yang
ditetapkan.
Pun
begitu, dia berjaya menyertai Tentera Udara Kanada. Ketika menjalankan tugas,
dia mengalami kemalangan pesawat terbang sehingga mengakibatkan kakinya tercedera.
Pada
tahun 1918, pasca insiden kecelakaan tersebut, dia meninggalkan Tentera Udara
Kanada dan pulang kembali ke Oxford. Pada tahun 1919, Faulkner masuk ke
Universiti Mississippi sebagai mahasiswa khusus, namun ia meninggalkan
kuliahnya untuk bekerja di bandar New York.
Setelah ia mencuba berbagai pekerjaan dan merasa tidak sesuai, akhirnya dia
kembali ke Misssissippi untuk meneruskan pendidikannya yang ditinggalkan
sebelum itu.
Dari
tahun 1926 sehingga 1930, Faulkner telah menerbitkan beberapa seri novel, namun
tidak ada satupun yang laku di pasaran.
Namun,
pada tahun 1931, novelnya yang berjudul "Sanctuary" telah mendapat
sambutan hebat. Sejak saat itulah karya-karya Faulkner mulai dikenal banyak
orang.
Faulkner berkahwin dengan Estelle Oldham, kekasihnya sejak kecil, dan perkahwinan
mereka kekal sampai Faulkner meninggal pada 6 Julai 1962 di sebuah hospital di
Byhalia, Mississippi. Da meninggal pada umur 64 tahun.
No comments:
Post a Comment