Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) dan Pertubuhan Chempaka Puteh (PCP) dua NGO berbeza.
Namun kedua-duanya saling membantu dalam memenuhi keperluan asnaf.
Bukan
kemasyhuran nama yang dicari, tetapi kepentingan kebajikan asnaf yang
diperjuangkan.
Jika
PCAK ada dana atau barang yang diperlukan PCP untuk diagihkan kepada asnaf,
maka PCAK akan serahkan kepada PCP. Begitulah sebaliknya jika PCAK memerlukan
dana, PCP akan berikan kepada PCAK.
Hubungan
saling membantu ini sebenarnya untuk asnaf. Mungkin asnaf diuruskan PCAK
memerlukan bantuan, tetapi tidak mampu ditunaikan, lalu akan diusahakan bantuan
melalui NGO lain, termasuk PCP.
Tidak
kisahlah NGO mana yang membantu, asalkan nasib asnaf terbela. Wujudnya NGO bertujuan
untuk menyelaraskan aktiviti membantu asnaf secara lebih tersusun.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai
sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi
asnaf dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment