Taman
Tasik Taiping adalah di antara lokasi di Taiping yang paling aktif dan paling
banyak menerima kunjungan pelawat dan pelancong sejak dari dahulu lagi.
Dianggarkan
lebih sejuta pelawat dan pelancong datang berkunjung di Taman Tasik Taiping
saban tahun, yang merupakan taman awam pertama dalam sejarah Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.
Taman
yang berkeluasan kira-kira 64 hektar atau 160 ekar ini mengandungi pelbagai
komponen lanskap yang saling melengkapi di antara satu sama lain, sehingga
menjadikan taman awam yang berusia lebih 130 tahun ini antara taman awam yang
terbaik serta terindah di negara kita.
Taman
Tasik Taiping dibangunkan secara asalnya mengikut konsep ‘Rolling Meadows’,
iaitu konsep mengadaptasi kawasan hijau dan lapang berkontur dan pokok-pokok
besar sebagai elemen utama serta tasik sebagai pelengkap lanskapnya.
Dalam
catatan sejarah pernah menceritakan keindahan Taman Tasik Taiping ini ketika ia
dibangunkan, kelihatan seolah-olah menyamai Kensington Park di London, iaitu
sebuah taman awam yang tersenarai dalam lapan ‘Royal Park’ tercantik di London.
Taman Tasik Taiping merupakan tapak bekas perlombongan bijih timah yang agak
besar di kawasan Klian Pauh atau Taiping lebih 130 tahun yang lalu. Di antara
komponen terpenting di taman ini ialah tiga tasik besar yang dikenali sebagai
South Lake, West Lake dan Jungle Lake serta kolam-kolam kecil yang memainkan
peranan utama dalam mengekalkan kelestarian dan kemampanan taman awam serta
bandar Taiping.
Fungsi
lain Taman Tasik Taiping selain sebagai taman awam dan taman rekreasi, ia juga
adalah sebahagian dari zon takungan air untuk mengelakan kejadian banjir kilat
di bandar Taiping.
Taman
Tasik Taiping juga menjadi rumah kepada lebih 2,500 batang pokok dari lebih 75
spesis termasuk spesis eksotik seperti teratai putih, pokok seroja, pokok
tembusu, pokok Hujan-Hujan, pokok Brazil Nut, Jacaranda Filicifolia serta
pelbagai spesis tempatan.
Pohon-pohon
segar menghijau dalam taman ini turut berfungsi sebagai ‘green lung’ dan ‘air
filter’ kepada bandar, kawasan perumahan dan komersial di Taiping. Banyak
fungsi dan manfaat yang dimainkan oleh taman awam ini dan sewajarnya taman ini
berjaya memenangi hati seluruh masyarakat.
Semua pihak perlu bersama-sama menjaga kelestarian dan keindahan Taman Tasik
Taiping dari segala gejala kerosakan dan kemusnahan yang akhirnya membawa
kerugian kepada kita dan generasi akan datang.
Sungguhpun
Taman Tasik Taiping merupakan taman buatan manusia namun ia adalah sumber
pembangunan yang amat bernilai dari segi estatik, warisan negara dan juga
ekonomi.
Taman
ini sewajarnya dikekalkan sebagai aset dan khazanah negara dalam bentuk asalnya
dan dalam masa yang sama dinikmati oleh orang ramai.
Namun
dalam era pembangunan negara, serta dalam pembangunan pasaran hartanah yang
rancak telah menyebab hartanah di sekitar taman tasik ini semakin mendapat
tumpuan untuk dibangunkan.
Perkara
ini membolehkan potensi ekonomi di kawasan ini dimanfaatkan namun pembangunan
fizikal perlu memastikan keharmonian, kesejagatan, kemampanan dan kelestarian
diutamakan.
Pada 21 Disember 2018, Taiping telah tersenarai dalam 100 destinasi lestari @
hijau terbaik dunia 2018 oleh Green Destination Award. Taman Tasik Taiping
adalah di antara kriteria yang termasuk dalam anugerah ini.
Sebelum
ini Taman Tasik Taiping pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat
kebangsaan termasuklah dinobatkan sebagai ’Best City & Town Park 2018’,
Destinasi Pelancongan Warisan & Eko Terbaik oleh Malaysia Tourism Council
Gold Award, Green Initiative Award oleh Malaysia Landscape Architecture Award
2017 dan lain-lain.
Anugerah-anugerah
ini merupakan platform yang telah dipasakkan oleh MPT dengan bantuan dan
kerjasama masyarakat yang turut sama menjaga kelestarian taman ini.
Taman
ini telah dibangunkan dari idea asal seorang Penguasa Polis yang bertugas di
Taiping pada tahun 1884 iaitu Colonel Robert Sandilands.
No comments:
Post a Comment