Rumah dahulu menggunakan atap tanah liat atau
dalam dialek Kelantan disebut bata. Bata
akan disusun di atas jeriau sehingga membentuk satu “hamparan” bata yang dapat
melindungi bahagian dalam rumah daripada air hujan dan cahaya matahari.
Memandangkan rumah sekarang sudah beralih
kepada atap genting, atap zink dan atap asbestos yang lebih tahan lama, permintaan terhadap atap bata semakin
berkurangan.
Sekitar 960-an, terdapat kira-kira 40
bengkel pembuatan atap bata di sepanjang tebing sungai di Kampung Pengkalan
Baru, Bachok, Kelantan. Kini hanya tinggal sebuah perusahaan yang aktif.
Pengusaha tersebut yang mewarisi perusahan dan
kemahiran keluarga masih mampu bertahan kerana permintaan terhadap bata masa
adaWalaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai jenis atap genting moden, atap
Singhora atau lebih dikenali sebagai atap bata tradisional dalam masyarakat
Pantai Timur masih berdaya maju dan mampu bertahan.
Aktiviti penghasilan bata yang masih beroperasi
di Kampung Pengkalan Baru adalah diusahakan oleh generasi kelima yang
memanfaatkan kepakaran tradisional.
Atap bata yang dihasilkan itu dikenali Kraf
Atap Singghora diusahakan oleh Noraini Jusoh dan satu-satunya usahawan kraf
wanita yang masih mampu bertahan dan berjaya mengharungi pasaran semasa. Nama “singghora”
atau “singgora” adalah mengambil nama tempat asal pembuatan atap tanah liat iaitu
Singgora di Thailand atau kini dikenali Songkhla.
Atap bata terhasil daripada tanah liat yang
diuli lumat menggunakan mesin khas menjadi ketulan tanah liat lembut sebelum
diletakkan di atas acuan kekuda kayu.
Ketulan tanah liat itu terpaksa dimampatkan
menggunakan kedua-dua belah kaki sebelum dipotong menggunakan pemotong khas
dengan saiz ketebalan kira-kira satu sentimeter (sm).
Hasil bata yang masih lembut dikeluarkan
daripada acuannya disusun dan dijemur untuk tempoh tiga bulan sebelum dibakar.
Produk daripada tanah liat itu masih
mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna berikutan harganya yang
berpatutan serta nilai estestika seni krafnya yang tersendiri.
Atap bata masih digunakan sebagai atap
rumah dalam kalangan pencinta kraf, atap untuk seni bina tradisional seperti
wakaf dan gazebo.
Abu sekam padi bakar digunakan untuk
mengelakkan tanah liat melekat pada acuan kayu. Dawai digunakan sebagai
pemotong untuk membuang lebihan tanah liat.
Teknik memijak mesti dilakukan untuk
memadatkan tanah pada acuan. Pekerja pastinya akan menggunakan kedua-dua belah
tangan dan kaki ketika bekerja.
Bagi menghasilkan atap Singhora yang
berkualiti, ia akan dibakar selama 240 jam atau 10 hari pada suhu 800 darjah
celsius. Jangka masa yang sama juga diambil untuk proses penyejukan bata di
dalam tanur.
Lazimnya, 40,000 keping bata Singhora
dibakar sekali gus dalam tanur (gok) pada satu-satu masa.
Pada tahun 2014, Noraini diberi
pengiktirafan sebagai Tukang Ulung oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
(Kraftangan Malaysia) bagi memartabatkan kemahiran dan kegigihannya dalam
meneruskan perusahaan penghasilan atap Singhora.
No comments:
Post a Comment