Timbul satu persoalan iaitu apakah hukum
wanita sedang haid mengambil wuduk? Ini antara persoalan popular yang berlegar
kalangan wanita.
Berkaitan persoalan ini, jumhur ulama
secara umumnya menyatakan wuduk wanita haid tidak sah. Namun, bagi Hasan Basri
dan Abu Jaafar pula berpedapat sebaliknya, yakni wuduk wanita haid dikira sah.
Bagi Imam Nawawi dan ulama lain menegaskan,
mana-mana wanita berhaid yang sengaja berwuduk dengan niat beribadah dianggap
berdosa.
Kes wanita haid berbeza dengan kes lelaki
dan wanita yang berjunub. Bagi lelaki dan wanita yang berjunub, mereka
disunnahkan berwuduk sebelum tidur dan sebelum makan. Ini kerana wuduk dapat meringankan
kadar hadas mereka.
Lainlah jika darah itu sudah berhenti,
namun wanita tersebut masih belum mahu mandi. Maka, apabila dia mahu tidur atau
makan, barulah dia dibenarkan untuk berwuduk terlebih dahulu.
Pendapat Imam Nawawi: “Dan ulama-ulama kami
sepakat menyatakan wanita haid dan nifas tidak disunnahkan berwuduk. Kerana wuduk
tidak memberikan kesan pun terhadap hadasnya. Sekiranya darah haid berhenti,
maka hukumnya sama dengan orang berjunub. Wallah a‘lam.” (Syarah Sahih Muslim,
kitab al-Haid)
Gambar hiasan - Pantai Kandis, Bachok
No comments:
Post a Comment