Monday, 26 December 2022

CARA USAHA UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP

 
Untuk berjaya dalam hidup perlu bermula dengan pelbetulkan sikap dan tabiat. Ubah sikap negatif kepada sikap positif. Tabit buruk ditinggalkan dan diamalkan tabit baik.
 
Kejayaan hidup ada hubung kait dengan ilmu. Ilmu menjadi faktor kepada kejayaan. Ia bukan sahaja berkaitan ilmu formal di pusat pengajian, tetapi termasuk juga ilmu tidak formal yang diperoleh melalui pengalaman dan berkongsi ilmu dengan individu lain secara langsung mahupun pembacaan dan menonton perkara yang berkaitan.
 
Mereka yang berilmu akan meningkatkan martabat dan keyakinan diri. Apa yang dilakukan sekadar mencuba nasib, tetapi berasaskan kepada bahawa apa yang dilakukan itu ada jalan menuju kejayaan. Tentang ia akan berjaya atau tidak, itu ketentuan Allah.
 
Ilmu semata-mata tidak lengkap. Ia perlu digabungkan dengan kemahiran diri. Apa yang diketahui secara teori perlu dilaksanakan berasaskan kepada kemahiran diri, yang juga secara langsung berkaitan sikap dan motivasi diri.
 
Untuk memastikan kejayaan, sentiasalah buat perkara yang baik dengan niat baik dan buatkan baik baik.
 
Untuk itu, sentiasa membina hubungan dengan Allah dan pada masa sama memperelokan hubungan sesama manusia.

No comments:

Post a Comment