Catur sejenis permainan yang digemari masyarakat seluruh dunia. Terdapat bukti kukuh bahawa catur berasal dari Mesir 4000 tahun yang lalu. Selain itu, terdapat penemuan arkeologi yang menunjukkan bahawa ia dimainkan di Mesopotamia, China dan Anatolia. Walau bagaimanapun, permainan catur mengambil nama sekarang dari abad ke-3 dan ke-4 Masihi.
Selain itu, bermain catur dipercaya dapat
meningkatkan kemampuan seseorang dalam mengingati dan mengenali pola visual.
Kesan positif lain bermain catur ialah
dapat meningkatkan kecerdasan. Orang yang sudah berpengalaman bermain catur
ternyata memiliki kemampuan berfikir berkaitan untuk mempertimbangkan masalah
baharu dan kesan baik buruknya.
Pada masa sama ia juga dapat meningkatkan kemampuan
untuk memahami tugas dan tindak balas yang berkesan.
Bermain catur juga dapat mengasah kreativi,
termasuk menafsir pola dan makna dalam bentuk abstrak.
Seterusnya, bermain catur dapat melatih
kemampuan untuk membuat perencanaan. Permainan catur berlangsung selama
berjam-jam, di mana para pemainnya memerlukan waktu yang lama untuk membuat
perencanaan strategi agar dapat mengalahkan lawannya.
No comments:
Post a Comment