Bagi penduduk Pengkalan Datu dan
kampung-kampung berhampiran di Daerah Sering pasti pernah menyedari atau
menggunakan jambatan kayu yang menghubungkan Kampung Pengkalan Datu ke Pulau
Gajah yang dipisahkan oleh Sungai Pengkalan Datu pada sekitar 1970-an yang
lebarnya melebihi 100 meter.
Jambatan kayu itu yang boleh digunakan
kenderaan ringan seperti motosikal dan basikal menjadi penghubung mendekatkan jarak
perjalanan kedua-dua penduduk.
Namun, jambatan tersebut runtuh sekitar tahun
1990. Biarpun pembinaan semula pernah dirayu penduduk, tetapi ia tidak menjadi
kenyataan sehingga sekarang.
Pun begitu, isu pembinaan semula Jambatan
Pengkalan Datu tidak lagi menjadi perkara diutamakan penduduk kerana sudah ada
jambatan yang lebih lebar dan kukuh terletak tidak jauh dari kampung tersebut
iaitu Jambaan Pak Nik Lah, Kampung Pulau Lima, Panchor, dengan sambungan jalan
raya yang lebar terus ke Persimpangan Panchor.
Yang menjadi tanda sejarah sekarang ini
hanyalah ‘kepala’ jambatan di sebelah Kampung Pengkalan Datu yang masih wujud.
Bagi yang tidak mengetahui mengenai sejarahnya, akan tertanya-tanya binaan
apakah itu?
Binaan tersebut kini digunakan oleh
pemancing sebagai tempat mengail.
No comments:
Post a Comment