Masjid
Iktikaf Ibadul Rahman di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, Tumpat dibina dengan
keaslian seni bina negeri Cik Siti Wan Kembang termasuk ciri-ciri seni bina
Istana Balai Besar Kelantan.
Masjid
yang memakan masa selama dua tahun untuk siap dibina ini menggunakan 80 peratus
kayu jenis seraya kitam dan seraya merah manakala 20 peratus lagi kayu chengal
dan merbau yang diperoleh dari Kelantan dan Terengganu.
Menurut
pemilik masjid ini, Mohd Arpi Arifin, 45, idea untuk membina masjid ini
tercetus apabila melihat ukhwah kejiranan di sekitar kampung ini semakin suram.
Memandangkan
peranan masjid penting dalam pembangunan masyarakat di samping mengekalkan
tradisi dan semangat kejiranan penduduk kampung, beliau berharap masjid ini
dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat.
Antara
nilai estetika kesenian Melayu Kelantan yang dikekalkan menerusi pembinaan
masjid berkenaan termasuklah pemeleh, tebar layar, ekor itik, tunjuk langit,
dinding janda berhias dan sebagainya.
“Nilai-nilai
estetika ini menjadi karakter kuat dalam seni bina rumah-rumah traditional
Kelantan selain ia juga dapat dilihat di rumah-rumah lama seperti sisip angin
bagi memudahkan pengudaraan dan juga eksesori yang terdapat pada bumbung
terutamanya ekor itik,” jelas Mohd Arpi.
Sumber
berita: Bernama
Sumber
gambar: Media sosial
No comments:
Post a Comment