Tukil adalah tabung atau bekas yang diperbuat daripada buluh. Tukil biasanya digunakan untuk menadah titisan air tuak atau air nira kelapa.
Tukil
juga digunakan untuk menyimpan geran tanah yang digulung sebelum dimasukkan ke
dalam tukil. Kira-kiranya macam skrol yang diterima oleh siswazah ketika majlis
konvokesyen.
Jadi,
apa pula maksud ‘jahil tukil’? Jahil tukil adalah gelaran atau perbandingan
menunjukkan orang yang amat jahil, dengu atau bodoh.
Orang
jahil tukil akan menurut apa sahaja orang suruh atau diperlakukan sesuka hati
oleh orang lain kerana dia sendiri tidak mampu berfikir dan hanya menurut kata
orang lain.
Ia
dikaitkan dengan sifat tukil yang boleh digunakan untuk apa sahaja. Boleh
dimasukkan apa-apa sahaja, termasuk minuman yang telah masam (biasanya tuak
masam).
No comments:
Post a Comment