Orang
yang bersyukur akan sentiasa merasakan kekayaan, kekuatan, kepandaian dan
sebarang kelebihan yang dimiliki hanya sebagai ujian daripada Allah.
Semakin
banyak yang diperoleh, lebih banyak dilakukan perbuatan baik sebagai tanda
bersyukur. Orang kaya yang bersyukur akan lebih banyak bersedekah dan berzakat
apabila mendapat harta lebih.
Nabi
Sulaiman, raja paling berkuasa di dunia dan memerintah bukan sahaja di kalangan
manusia, bahkan juga binatang dan makhluk lain, sentiasa mengingati dan
mengucapkan rasa bersyukur.
Firman
Allah bermaksud: “Kata Sulaiman: “Ini adalah anugerah daripada Tuhanku untuk
menguji diriku sama ada aku bersyukur kepada-Nya ataupun ingkar. Dan sesiapa
yang kufur (ingkar), sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya Lagi Maha Pemurah.” (Surah
an-Naml, ayat 40).
Sebaliknya
orang tidak bersyukur apabila mendapat kekayaan, maka dirinya menjadi semakin
kedekut dan sayangkan harta. Dia menjadi kufur dan merasakan apa yang dimiliki
itu adalah hasil daripada usahanya sendiri.
Allah
menimpakan bala kepada kaum dan individu yang bongkak dan kufur. Banyak kisah dalam al-Quran menyebut mengenai
nasib menimpa orang tidak bersyukur. Kisah Qarun adalah pengajaran paling
berharga untuk memberi peringatan kepada kita semua.
Orang
tidak mahu bersyukur lahir dalam dirinya sikap tidak ingat kepada mati kerana
perasaan terlalu cintakan hal duniaan seperti kekayaan, pangkat dan kedudukan. Golongan
ini sesat dalam kekufuran dan semakin jauh daripada kebenaran.
Gambar:
Restoran
Sri Kandar, Kampung Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama
aktivis masyarakat Amran Rahman, guru Sekolah Kebangsaan Redang dan pemimpin
setempat menjayakan Program Tajamakan untuk kanak-kanak golongan asnaf.
No comments:
Post a Comment