Dalam
memastikan ciri-ciri kepimpinan yang adil dimiliki oleh seseorang yang berhajat
mahupun dilantik selaku pemimpin yang bertanggungjawab, garis panduan
dihuraikan dalam tiga perkara iaitu yang pertama meletakkan nilai agama sebagai
yang utama.
Disebutkan
seseorang pemimpin itu tidaklah semestinya seseorang yang pakar ilmu agama,
tetapi pemimpin perlulah terbuka dan bersedia menerima nasihat ulama dalam
urusan pentadbirannya.
Bahkan
sejarah telah menulis begitu banyak kalangan ulama yang menjadi nadi dalam
menasihati pemerintah dan penguasa yang terkenal.
Ulama
dan pemimpin boleh memainkan peranan yang lebih baik sekiranya mereka memahami
tanggungjawab masing-masing dan saling melengkapi.
Perkara
kedua pula adalah memastikan kebersamaan pemimpin dan pengikut itu dalam satu
ikatan atau nilai yang sama. Nilai yang mengikat adalah keadilan dan akhlak
yang konsisten di antara pemimpin dan rakyat.
Nilai
akhlak dalam urusan menjalankan kuasa dan amanah pentadbiran pemimpin itu dan
melaksanakan tanggungjawab rakyat mestilah adil, tidak disalahguna atau pilih
kasih.
Walaupun
memiliki kuasa, seseorang pemimpin itu masih terikat dengan kedudukannya
sebagai hamba kepada Allah yang maha berkuasa.
Seterusnya
yang ketiga, perlu disematkan dalam minda bahawasanya tiada siapa dikalangan
manusia itu memiliki kuasa mutlak kerana semua dari kita adalah terikat dengan
kuasa mutlak yang ada pada Allah SWT.
Hanya
yang benar-benar memiliki kuasa mutlak itu adalah Allah SWT. Dialah yang maha
benar, maha adil dalam menghukum pada hari pembalasan.
Tiada
yang dapat dirahsiakan dan disembunyikan daripada pengetahuan dan pandangan
Allah, dan kita semua akan diberi ganjaran atau balasan dengan seadil-adilnya
di akhirat kelak oleh sebenar-benar Penguasa.
Imam
al Ghazali dari kitab Nasihat al Muluk menyebut berkenaan nasihatnya kepada
penguasa iaitu manusia jika tidak diingatkan tentang sifat Tuhan, ia akan
cenderung menjadi lupa akan kekuasaan Tuhan dan boleh menjurus kepada kezaliman
dan penganiayaan.
Melihat
kepada usaha menerapkan amanah dalam diri pemimpin menurut Islam adalah pertama
dia harus memiliki ilmu tentang pemilik kuasa yang sebenar. Ilmu tetang
sifat-sifat dan kekuasaan Allah akan memandu dan menjaga akhlak dan
perbuatannya dalam mentadbir dengan bertanggungajwab dan taqwa kepada Allah.
Kedua
adalah penguasaan ilmu dalam urusan amanah yang dipegangnya. Ilmu ini akan
mengingatkan dirinya berkenaan pelaksana syariat Allah dan urusan hukum hakam
kepimpinannya.
Sesiapa
yang menyasarkan kuasa kepimpinan itu perlulah mengukur baju dibadan sendiri dengan
melihat kemampuan dan kelayakan diri. Ini bagi mengelakkan dari kelemahan
pentadbiran, penyalahgunaan kuasa dan kezaliman kepada orang yang dipimpinnya.
No comments:
Post a Comment