Monday, 8 June 2026

KAMPUNG JERANGAU, TANAH MERAH

 
Kampung Jerangau terletak dalam daerah (mukim) Gual Ipoh, Tanah Merah. Jarak dari bandar Tanah Merah kira-kira 10 kilometer.

Kampung tradisional ini tidak sukar dikunjungi kerana dihubungi dengan jalan raya yang baik. Pengunjung boleh datang dari simpang empat Jalan Raya Timur Barat berhampiran bandar baharu Tanah Merah, menuju ke Gual Ipoh.

Laluan lain ialah dari simpang empat Jalan Raya Timur Barat - Jalan Bechah Laut, melalui Kampung Bechah Laut sebelum menuju ke Kampung Jerangau.

Bagi pengguna dari Jeli, boleh memasuki Jalan Gual Ipoh di cabang tiga Batang Merbau, selain memasuki dua laluan di atas.

Nama Kampung Jerangau diambil daripada pokok jerangau iaitu sejenis tumbuhan herba yang tumbuh di kawasan berair seperti tebing sungai atau tasik.

Masjid Mukim Jerangau terletak di tepi Jalan Gual Ipoh sering menjadi persinggahan untuk menunaikan solat.

Jerangau (atau juga dieja sebagai jeringau) merujuk kepada sejenis tumbuhan herba (nama saintifik: Acorus calamus) yang tumbuh di kawasan berair seperti tebing sungai atau tasik.

Akarnya (rizom) yang berbau wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat bengkak, sakit perut, dan masalah pencernaan.

Rizom mengandungi minyak beraroma. Keratan rizomnya berwarna putih dan sangat berserabut.



No comments:

Post a Comment