Tuesday, 2 June 2026

PINGAT KESATRIA MANGKU NEGARA

 
Kesatria Mangku Negara (KMN) ialah bintang atau pingat pangkat keempat antara enam pangkat dalam darjah kebesaran Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Ia merupakan sebahagian daripada Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan Malaysia yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pingat ini dianugerahkan kepada penjawat awam, veteran, tokoh masyarakat, dan individu yang telah berbakti serta memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara.

Pingat Kesatria Mangku Negara berada di kedudukan ke-16 dalam senarai Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan.

Tiada gelaran diberikan kepada penerima pngat ini.

Kedudukan pingat ini adalah di bawah Johan Mangku Negara (JMN) dan di atas Ahli Mangku Negara (AMN).

Gambar - Brig Jen Ahmad Hafizal bin Hashim, penerima pingat Kesatria Mangku Negara pada 1 Jun 2026

No comments:

Post a Comment