Wednesday 19 July 2023

CARA PENULISAN BERITA YANG LENGKAP

 
Karangan jenis berita merupakan karangan berformat. Karangan ini ditulis dengan tujuan untuk memberikan maklumat, serta pengetahuan tentang peristiwa semasa kepada pembaca.
 
Pada perenggan pertama dan kedua, persoalan itu perlu dicatatkan secara ringkas dan susunlah isi berita dengan baik. Isi yang utama perlulah didahulukan manakala isi yang kurang penting dikemudiankan.

Gunalah bahasa yang ringkas tetapi padat dan tepat supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca secara tepat dan menyeluruh seperti mereka sendiri berada di tempat kejadian atau peristiwa itu berlaku.

Untuk menulis karangan jenis berita yang baik, berita yang ditulis perlu mengandungi 5H1W. Perkara 5W ialah what (apa), where (di mana), who (siapa), why (mengapa) dan when (bila). Manakala 1H merujuk kepada how (bagaimana)
 
5W1H ini merupakan satu teknik yang boleh digunakan untuk mengembangkan sesuatu isi dalam karangan. Penggunaan teknik ini dapat memastikan cerita dalam sesebuah karangan mempunyai perkaitan yang jelas.
 
- What (apa)
Apa merupakan perkara pertama membawa kepada minat pembaca untuk mengetahui perkara utama yang ingin diketahui. Jadi, hal berkaitan “apa” perlu ditulis dengan jelas.
 
- Who (siapa)
Siapa yang terlibat dalam berita itu perlu dijelaskan.
 
- When (bila)
Bila peristiwa yang diceritakan dalam sebuah berita atau cerita perlu jelas sama ada jam, hari, bulan atau tahun.  
 
- Where (di mana)
Di mana atau tempat kejadian berlaku perlu dinyatakan.
 
- Why (mengapa)
Sesuatu peristiwa yang berlaku mempunyai sebab yang tertentu. Jadi, nyatakan mengapa ia berlaku.
 
- How (bagaimana)
Perkara bagaimana menerangkan secara keseluruhan tentang cerita itu atau sesuatu yang berkaitan dengannya.
 
Contoh ayat atau perenggan berita mengandungi kesemua persoalan di atas.
 
Satu kemalangan (apa) melibatkan sepasang suami isteri (siapa) berlaku di Simpang Empat Tumpat (tempat) pada kira-kira pukul 8.00 pagi (bila) apabila sebuah kereta hilang kawalan (mengapa) disebabkan kegagalan brek berfungsi dan melanggarnya dari arah bertentangan (bagaimana).
 
Berdasarkan kepada ayat di atas, maka perjelasan yang lebih jelas atau lanjut bagi setiap perkara itu perlu dibuat di perenggan seterusnya.

No comments:

Post a Comment