Wednesday 8 November 2023

PCAK serah sumbangan kepada penarik beca

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan, aktif mengadakan aktiviti untuk membantu golongan asnaf di Kelantan. Bantuan secara bulanan dan mengikut keperluan diberikan kepada asnaf.

MInggu ini PCAK serah sumbangan kepada penarik beca dan pekerja pembersihan di sebuah komplek beli belah di Kota Bharu. Semuanya hasil sumbangan orang ramai.

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan secara berterusan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mereka memerlukan. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Lebih banyak dapat dapat dikumpulkan, lebih banyak asnaf yang dapat dibantu.

Sumbangan yang diberikan atau diserahkan kepada asnaf biasanya dalam bentuk keperluan makanan harian. Selain itu diserahkan wang tunai atau bantuan lain mengikut keperluan atau sepertimana yang dikehendaki oleh penyumbang.

Ada penyumbang memberikan wang tunai dan meminta agar sumbangan itu diserahkan kepada asnaf dalam bentuk yang sama. PCAK melaksanakan amanah penyumbang.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sejak 30 Mac 2021. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment