Wednesday 30 October 2019

SEKSYEN 292 AKTA 574 BAHAN LUCAH

Di negara kita terdapat undang-undang melarang memilik atau menyimpan apa-apa bentuk yang bersifat lucah dalam apa-apa juga bentuk atau medium ia disimpan.

Perbuatan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan (Akta 574), yag membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seksyen itu antara lain menjelaskan adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa menjual, membolehkan mendapat upah, mengedarkan, mempamerkan secara terbuka atau dengan apa-apa cara digunakan untuk mengedar, atau untuk tujuan jualan, sewa, pengedaran, pameran awam atau peredaran membuat, menghasilkan atau memiliki dalamnya memiliki mana-mana buku lucah, risalah, lukisan, lukisan, lambang atau angka atau mana-mana objek lucah yang lain;

Perbuatan menyimpan video lucah dalam telefon pintar, komputer, penyimpan cakra dan sebagainya adalah termasuk dalam perbuatan ditegah itu.

Kesalahan itu termasuk video yang dirakam sediri dan melibatkan diri sendiri. Asal sahaja lucah, maka perbuatan itu dilarang di sisi undang-undang.  

Bagaimanapun, setakat ni tidak ada undang-undang tentang perlakuan menonton porn secara online. 

1 comment:

  1. bagus. bagi tangkap yang jenis macam ni . sebab merosakkan jiwa

    ReplyDelete