Di negara kita terdapat undang-undang melarang
memilik atau menyimpan apa-apa bentuk yang bersifat lucah dalam apa-apa juga bentuk
atau medium ia disimpan.
Perbuatan itu boleh didakwa mengikut Seksyen
292(a) Kanun Keseksaan (Akta 574), yag membawa hukuman penjara maksimum tiga
tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seksyen itu antara lain menjelaskan adalah menjadi
kesalahan bagi sesiapa menjual, membolehkan mendapat upah, mengedarkan,
mempamerkan secara terbuka atau dengan apa-apa cara digunakan untuk mengedar,
atau untuk tujuan jualan, sewa, pengedaran, pameran awam atau peredaran
membuat, menghasilkan atau memiliki dalamnya memiliki mana-mana buku lucah,
risalah, lukisan, lukisan, lambang atau angka atau mana-mana objek lucah yang
lain;
Perbuatan menyimpan video lucah dalam telefon
pintar, komputer, penyimpan cakra dan sebagainya adalah termasuk dalam perbuatan
ditegah itu.
Kesalahan itu termasuk video yang dirakam sediri
dan melibatkan diri sendiri. Asal sahaja lucah, maka perbuatan itu dilarang di sisi
undang-undang.
Bagaimanapun, setakat ni tidak ada undang-undang
tentang perlakuan menonton porn secara online.
bagus. bagi tangkap yang jenis macam ni . sebab merosakkan jiwa
ReplyDelete