Friday 22 March 2024

JENIS DAN CIRI-CIRI TANAH DI MALAYSIA

 
Tanah banyak jenis dan sifat yang berbeza antara satu sama lain. Di Malaysia khususnya di Semenanjung ada sekurang-kurangnya lima jenis tanah.
 
Pertama, tanah merah atau laterite. Tanah laterit merupakan tanah yang tidak subur yang biasanya dikenali dengan warnanya yang merah atau kekuningan. Tanah ini kerap mengalami pencucian oleh air hujan sehingga menyebabkan kurangnya bahan organik.
 
Proses ini dikenali juga sebagai erosi tanah. Erosi secara mudahnya dapat diterjemahkan sebagai satu proses hakisan lapisan atas tanah disebabkan oleh air atau angin. Sebab itulah kalau kita lihat, kebanyakan kawasan tanah laterit ini hanya ditumbuhi oleh lalang atau semak daripada pokok tertentu sahaja terutamanya pokok renek.
 
Kedua ialah tanah gambut. Ciri-ciri tanah gambut ialah menyimpan air ketika banyak hujan tetapi menyecut ketika waktu panas atau musim kering. Tanah gambut berasal daripada tumbuhan reput. Sebab itulah kita dapati keadaan air sungai atau parit berwarna perang kemerahan. Keadaan tanah yang mengembang dan mengecut menyebabkan struktur tanah tidak stabil.
 
Ketiga ialah marine clay. Tanah jenis ini berasal dari kelodak dan lumpur laut. Kemudiannya ribuan atau jutaan tahun dahulu ditutupi oleh tanah yang turun dari kawasan tanah tinggi Semenanjung.
 
Jadi tanah marine clay akan menyimpan air ketika banyak hujan dan mengecut ketika musim panas. Satu lagi di tanah marine clay banyak air bawah tanah yang mengalir. Ini menjadi punca selalu tanah runtuh atau jalan tiba-tiba berlubang besar atau tanah jerlus.
 
Keempat ialah tanah lembik atau tanah bendang.Tanah jenis ini sama macam tanah gambut dan marine clay, akan menyimpan air waktu banyak hujan dan mengecut waktu kering.
 
Kelima ialah tanah beris. Iaitu tanah tepi pantai dengan pasir halus.
 
Jenis tanah ini bukan sahaja menentukan tentang ia sesuai untuk pertanian atau tidak kerana tahap kesuburan, tetapi juga banyak mempengaruhi proses pembinaan jalan raya dan struktur lain di atasnya.

Gambar - Tanah jenis laterite

No comments:

Post a Comment