Saturday 12 September 2020

MANA BETUL, "ATAS TALIAN" ATAU "DALAM TALIAN"

Istilah Inggeris ‘online’ tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia. Dunia internet yang semakin berkembang mencipta pelbagai aplikasi yang menjadikan ‘online’.

Memandangkan perkataan ‘online’ istilah Inggeris, dan selaras dengan cita-cita mendaulatkan penggunaan bahasa Malaysia, maka perkataan itu diterjemahkan kepada istilah bahasa kebangsaan.

Terdapat dua istilah yang biasa digunakan untuk merujuk kepada ‘online’ iaitu ‘atas talian’ dan ‘dalam talian’. Paling banyak digunakan ialah diterjemahkan kepada ‘atas talian’ iaitu ‘on’ diterjemahkan sebagai ‘atas’.

Betulkah terjemahan ‘online’ menjadi ‘atas talian’? Dan mengapa pula diterjemahkan kepada ‘dalam talian’? Adakah ‘atas talian’ dan ‘dalam talian’ dua istilah yang berbeza? Kalau dicari perkataan Inggeris tidak pula dijumpai perkataan ‘inline’ untuk membawa maksud ‘dalam talian’.

Maksud sebenar perkataan ‘online’ ialah ‘dalam talian’. Ia bermaksud sesuatu yang berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Sebenarnya, tiada istilah atas talian.

Semoga kita menggunakan istilah yang betul. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. 

2 comments: