Monday 16 July 2018

KHASIAT ISI BUAH TAL

Pokok tal sejenis pokok palma. Nama lain pokok tal ialah pokok kelapa laut. Di Kelantan ada nama Kampung Tal Tujuh. Pokok tal juga dipanggil pokok siwalan, pokok tah dan pokok tai.

Satu lagi nama pokok tal yang jarang disebut ialah pokok lontar. Lambang atau logo Dewan Bahasa dan Pustaka adalah menggunakan gambar pohon lontar yang pada masa dahulu dijadikan kertas tulis. 

Daun tal lebih keras berbanding daun kelapa. Jadi, daun tal biasa dijadikan sebagai pelidah serunai. Pelidah juga dipanggil pipit atau lidah serunai. Daun tal juga dijadikan lingkaran untuk membentuk gula melaka, gula kabung atau gula melaka.  

Pokok tal merupakan sejenis tumbuhan mempunyai satu batang yang tumbuh menegak tanpa cabang setinggi 10-30 meter. 

Pokok tal mempunyai batang berbentuk selinder yang lebih besar dari batang kelapa. Buah tal berwarna kehitam-hitaman. Isi buah tal enak dimakan.

Seperti pokok palma lain, pokok tal juga mengeluarkan air tuak atau air nira. Dari air nira tal boleh dibuat manisan atau dipanggil nise tal atau gula tal.

Isi buah tal rasanya hampir sama dengan isi kelapa muda tapi teksturnya lebih kenyal. Selain dimakan segar, isinya boleh dijadikan jus. Hiris isi tal nipis-nipis dan masak bersama gula. Boleh dicampur madu dan ais untuk menambahkan lagi keenakan rasanya.

Khasiat buah tal:
- Melegakan kesakitan hempedu dan limpa.
- Mengatasi masalah kencing tak terkawal.
- Menyegarkan nafas, menyihatkan gigi dan gusi.
- Mengatasi masalah pernafasan dan paru-paru.
- Mengubati luka-luka.

No comments:

Post a Comment