Lengan bawah (lower arm) adalah komponen
kenderaan yang tergolong dalam kategori sistem penggantungan (suspension system).
Ia berada dalam kategori yang sama dengan tayar, penyerap hentakan (shock
absorber), spring dan penyambung (linkages).
Lengan bawah latau ebih dikenali dengan nama
paha. Ia akan dihubungkan dengan penyambung penstabil (stabilizer link) yang berfungsi
sebagai penyokong. Jika getah sambungan penstabil pecah dan rosak, maka
sokongannya akan goyang dan salah satu tanda ia rosak apabila terdapat bunyi di
sekitar bawah bahagian tayar depan kereta anda.
Selain daripada itu, paha yang telah rosak,
koyak atau keras perlu ditukar bagi mengelaklan kejadian paha tercabut dan
pemanduan tak selesa.
Selain itu, paha yang rosak boleh
mempengaruhi penjajaran kereta. Antara punca paha dan bahagian lain boleh rosak
dengan cepat adalah kerana cara pemanduan dan kekotoran seperti pasir, habuk
dan juga kerana pengaruh cuaca yang kering dan basah. Selain daripada itu akan
menyebabkan tayar makan sebelah dalam atau luar. Jangka masa hayat tayar menjadi
pendek.
No comments:
Post a Comment