Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri
Kelantan membuka ruang untuk anda bersama-sama membantu mangsa banjir yang
terjejas. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berstatus
peringkat antarabangsa itu menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai dan
barangan keperluan seperti makanan, pakaian, peralatan kebersihan dan barangan
harian.
Sesungguhnya, setiap sumbangan anda, besar atau kecil, membawa harapan dan semangat baru kepada mereka yang memerlukan. Marilah berganding bahu untuk meringankan beban mangsa dan membantu mereka memulakan kehidupan semula pascabanjir.
Sumbangan boleh diserahkan di Ibu Pejabat BSMM Negeri Kelantan, Rumah Amal Tengku Muhammad Faris Petra, Jalan Mahmood. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 09-7435504 dan 011-55850585
Sumbangan Anda, Harapan Mereka

No comments:
Post a Comment