Wednesday, 6 March 2024

CARA BETUL PEGANG IKAN HARUAN

  
Ikan haruan jenis ikan darat atau ikan air tawar. Tubuh ikan haruan ada lendir atau pelicin si badan yang menyebabkan ia sukar dipegang jika masih hidup.
 
Jadi ada cara untuk pegang ikan haruan agar tidak mudah terlepas ketika dipegang akibat licin lendirnya.
 
Lihat gambar. Juneed yang hobinya menjala menunjukkan dua cara memegang ikan haruan yang masih hidup. Mungkin jika tidak diperhatikan betul-betul, tidak ada perbezaan antara cara pegang ikan haruan di tangan kiri dan kanan.
 
Perhati betul-betul. Di sebelah tangan kiri (ikut kedudukan gambar), Juneed pegang ikan haruan di bahagian insang hampir dengan kepala. Sedangkan di sebelah tangan kanan pula kedudukan tangan sedikit ke bawah.
 
Jadi, mana yang betul atau lebih mudah pegang ikan haruan? Kiri atau kanan? Cara lebih mudah pegang ikan haruan adalah ikut cara sebelah kiri. Genggaman tangan di bahagian insang lebih kuat dan stabil kerana ia adalah bahagian paling besar, menjadi semakin tirus atau kecil selepas insang ke atas bahagian kepada dan selepas bahagian insang ke bawah. Jadi, pegangan tubuh ikan paling kukuh dan stabil di bahagian ini.
 
Sedangkan, genggaman seperti di tangan kanan pula adalah di bawah bahagian insang. Bahagian itu menjadi lebih mengecil di bahagian bawah. Jadi, ia mudah terlurut atau ikan mudah melepaskan diri dengan membuat “lonjakan” dengan dibantu lendir yang licin.
 
Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment