Friday 29 September 2023

Perarakan sambut Maulidul Rasul 1445H

 
Seramai hampir 700 orang wanita menyertai Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H sekitar bandar Kota Bharu.
 
Majlis julung kali diadakan itu adalah anjuran Wanita Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Pusat Khidmat ADUN Kota Lama dan Geraknita Alumni 4B Kelantan.
 
Majlis bermula di hadapan Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan melalui beberapa jalan di sekitar bandar Kota Bharu.
 
Majlis seumpama ini bukan sahaja sebagai tanda kecintaan terhadap Rasulullah SAW, bahkan juga dapat mengeratkan jalinan hubungan sesama peserta yang terlibat. Ia mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam yang amat dituntut oleh Baginda.
 
Gambar FB
Dr Hafidzah Mustakim
ADUN Kota Lama

No comments:

Post a Comment