Thursday 22 July 2021

DURIAN PERTAMA DIDAFTARKAN D1

Bukan kenderaan sahaja yang didaftarkan dengan huruf dan angka. Durian juga didaftarkan dengan permulaan huruf D dan diikuti dengan nombor.

Durian D1 adalah durian yang pertama didaftarkan di Jabatan Pertanian.

Durian D1 (Durio zibethinus Linn) telah didaftarkan pada tahun 1934.

Pokok asal durian ini terletak di Batu 11, Jalan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Ia berbentuk bulat dan mempunyai isi yang nipis, putih, manis dan berbiji besar.

Berat buah sekitar 800-900 gram. 

No comments:

Post a Comment