Tuesday 27 July 2021

MAKSUD SALJU

Perkataan salju kerap digunakan untuk kata-kata puitis. Ia lebih dianggap perkataan sastera.

Hakikatnya, perkataan salju sebenar sama dengan perkataan salji. Dalam komunikasi dan penulisan biasa, perkataan salji lebih kerap digunakan berbanding salju.

Definisi salji ialah hablur-hablur ais yang turun dari awan. Rupanya putih seperti kapas.

Ada sebuah tajuk drama bersiri yang menggunakan perkataan salju iaitu Hatimu Sedingin Salju. Drama disiarkan stesen TV3 itu arahan Bahri Uma.

Hatimu Sedingin Salju mengisahkan tentang Arman (Hisyam Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania (Aprena Manrose) selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu.

Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya.

Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania.

Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

No comments:

Post a Comment