Thursday 5 August 2021

MELIHAT METROPOLITAN SEOUL DARI PUNCAK BUKIT

Tempat paling menarik untuk melihat pemandangan metropolitan Seoul adalah dari atas bukit. Pemandangannya amat menarik.

Sambil-sambil tu boleh juga mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan masa mendaki bukit. Bak kata peribahasa kita, "Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar", ‘menyelam sambil minum air’ dan ‘satu batu dua burung’.

Metropolitan Seoul dikelilingi oleh banjaran bukit di utara, selatan dan timur. Manakala bentuk muka bumi Semananjung Korea pula adalah 70% berbukit. Bahagian pantai barat lebih banyak delta atau tanah landai berbanding pantai timur Korea.

Kalau tengok nama bandar atau daerah di Korea, banyak yang guna perkataan "San" seperti Busan, Ulsan, Nonsan, Ansan dan banyak lagi.

Nama-nama tempat ini diberi sedemikan rupa kerana kawasan dia banyak berbukit-bukit. San dalam bahasa Korea adalah bukit atau gunung.  

Siapa yang pernah pergi Busan mesti tahu bentuk muka bumi dia yang yang turun naik, kalau naik kereta senang nak pening...kalau naik bas pula macam naik roller coaster...huhuhu

Berbalik pada bentuk muka bumi, jadi hanya 30% jer jumlah tanah yang sesuai untuk pembangunan. Dengan dasar kerajaan yang mementingkan ekosistem hijau, jadi jumlah sebenar tanah yang boleh dibangunkan adalah lebih sedikit berbanding 30%.

Sumber: FB Muhamad Khalid Ismail

 

No comments:

Post a Comment