Wednesday 21 July 2021

CIRI DURIAN RAJA KUNYIT D197

Durian musang king atau nama asalnya raja kunyit berasal dari Tanah Merah, Kelantan, Malaysia.

Pohon induk asalnya tumbuh di Pulau Raya, sebuah pulau di tengah-tengah Sungai Kelantan berdekatan dengan pekan Tanah Merah.

Pada tahun 80an durian raja kunyit mula ditanam oleh pekebun durian di Raub, Pahang dan Gua Musang, Kelantan.

Sementara itu Wee Chong Beng telah berusaha untuk mendaftarkan raja kunyit dengan Jabatan Pertanian Malaysia.

Hanya selepas hampir 20 tahun, baharu durian raja kunyit dapat didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia sebagai D197 pada tahun 1993.

Buah musang king lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat.

Di bahagian bawah buah pula mempunyai corak seakan-akan bintang.

Isi durian musang king lebih tebal ditambah rasa lemak yang pahit sedikit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.

Bagi mengenali baka anak pokok musang king pula, pokok duriannya memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan beralun sedikit.

No comments:

Post a Comment