Saturday 4 July 2020

CARA MEREBUS PISANG

Pisang rebus merupakan sejenis makanan berasaskan pisang masak untuk dihidangkan sebagai makanan yang enak di kawasan kampung. Pisang mempunyai banyak spesis daripada yang di makan segar, dibuat kuih muih atau yang khusus untuk digoreng atau dibuat kerepek pisang.

Kini tidak ramai orang mengetahui resepi makanan pisang rebus. Pisang rebus yang kini boleh dikatakan sebagai makanan unik zaman dulu dan exotic masa kini.

Pisang yang sesuai untuk dimakan sebagai 'pisang rebus' adalah daripada varieti seperti pisang abu, pisang nangka, pisang nipah, pisang lang, pisang benggala yang lazimnya mempunyai kulit yang tebal dan isi yang manis. Pilih pisang yang hampir masak dan leraikan daripada sisirnya.

Sediakan air rebusan dengan mengisi air dan sedikit garam. Selain rebus, pisang juga boleh dikukus dalam alat pengukus. Kaedah mengukus pisang ini dapat mengekalkan rasa asal pisang yang direbus.

Jangka masa untuk merebus atau mengukus pisang tidak perlu lama sekitar 15 - 20 mini sahaja. Jika direbus terlalu lama akan menyebabkan kulit dan isi pisang menjadi kecut.

Apabila pisang yang direbus atau dikukus ini telah masak, angkat dan toskan airnya. Apabila agak sejuk kita boleh ambil dan kupas kulitnya untuk dimakan.

Apabila kulit dibuang kita boleh potong isi pisang rebus yang berwarna kekuningan terus untuk dimakan atau dimakan bersama kelapa parut bagi menambahkan perisa sedapnya.

Ada juga yang suka makan pisang rebus dengan mencecah kepada gula pasir atau juga susu pekat manis.

Pada masa dahulu pisang rebus sering dijadikan bekal untuk ke kebun, ladang mahupun ke laut serta ketika mengembara. Ini kerana pisang rebus boleh tahan beberapa hari.

Selain ia mengenyangkan, makan pisang rebus amat memberikan tenaga banyak untuk terus bekerja.

No comments:

Post a Comment