Sunday 6 October 2024

KEPENTINGAN MELALUKAN AKTIVITI FIZIKAL

 
Islam menggalakkan bersukan, riadah, senaman dan aktiviti lasak untuk kesihatan minda dan cergas. Individu kuat lebih diutamakan di sisi Allah SWT. Banyak kebaikan dapat dilakukan jika sihat dan cerdas. Manakala, individu yang lemah menjadi beban kepada individu lain.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah daripada mukmin yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim).

Namun, tidak banyak individu muslim memahami kepentingan sukan dari sudut perspektif Islam. Sukan lebih dilihat dari sudut untuk bersuka ria dan membuang masa.

Sebenarnya, bersukan juga satu ibadah jika dilakukan dalam ruang lingkup tuntutan agama. Rasulullah SAW sendiri minat bersukan dan menggalakkan umatnya bersukan. Antara hadis berkaitan sukan ialah arahan supaya ibu bapa mengajar anak-kemahiran memanah dan menunggang kuda.

Suruhan Rasulullah SAW supaya belajar memanah dan berkuda tentu tidak untuk semata-mata berperang. Islam agama syumul melihat kepentingan sesuatu perkara dari sudut yang luas.

Rasulullah SAW dalam hadis yang lain turut menyebut tentang berenang. Tentu kita terfikir mengapa perlu belajar berenang, sedangkan di padang pasir tidak banyak tempat berair. Inilah keperluan peringkat global yang dilihat oleh Rasulullah.

Umat Islam mesti bergerak ke serata alam untuk menyebarkan Islam. Salah satu persiapan ialah kemahiran yang bersesuaian dengan tempat yang dituju.
 
Satu aktiviti fizikal paling asas dan mudah dilakukan ialah berjalan atau berlari. Malah, jika kita menelusuri sejarah evolusi manusia, sejak zaman batu lagi, anatomi tubuh manusia sememangnya berevolusi untuk berlari menggunakan dua kaki.
 
Namun, tiba-tiba muncul teori konspirasi yang mendakwa bahawa aktiviti berlari adalah ciptaan industri kasut untuk menjual lebih banyak produk.
 
Aktiviti fizikal boleh dilakukan mengikut kemampuan individu, termasuk berjalan laju, berenang, berbasikal, atau apa sahaja bentuk aktiviti Apa yang penting adalah bergerak dan kekal aktif, tidak kira bentuk aktivitinya. Apa yang membimbangkan adalah sebahagian besar rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.

No comments:

Post a Comment