Penglibatan
manusia moden di media sosial sentiasa meningkat. Media sosial sudah dianggap
satu keperluan dan bukan lagi “pilihan”. Masa kini,
hampir semua orang yang mempunyai telefon pintar sudah pasti ada sekurangnya
satu akaun sosial media.
Menurut rekod, sehingga kini terdapat lebih
daripada 4 bilion pengguna sosial media di dunia, dan sudah pastinya ada banyak
perangai berbeza yang boleh kita jumpa di media sosial.
Dapat dilihat, ramai yang suka bertelagah
dan bergaduh hanya kerana isu yang dibincangkan tidak kena dengan pendapat
mereka.
Menurut kajian oleh Royal College of
Surgeons di Ireland, mereka yang suka bergaduh di sosial media ini sebenarnya
menghadapi masalah emosi.
Ini adalah kerana, dalam dunia internet
pengguna akan mengalami kekurangan deria kerana hanya terhad kepada apa yang
ditulis individu itu sendiri.
Sekiranya berlaku perbalahan di sosial
media, tidak ramai akan menggunakan fakta yang betul, sebaliknya hanya
berdasarkan pengalaman sendiri atau orang terdekat, serta menjadikan ia sebagai
medium untuk melepaskan emosi yang tersimpan.
Mereka ingin dipandang hebat dan betul
selamanya. Apa yang ditulis itu mesti diterima oleh orang lain. Kalau ada yang
membantah, maka dianggap sebagai “musuh” dan menjadi pihak yang perlu
ditentang.
Keadaan itu menimbulkan perasaan marah yang
berganda-ganda. Keadaan itu terbawa-bawa di luar dalam hubungan secara fizikal.
Justeru, elok sebarang bentuk pergaduhan di
media sosial. Tambah-tambah lagi, yang terlibat itu saling tidak kenal
mengenali. Bahkan, mengguna nama samaran tanpa gambar profile.
Bab kata seseorang, bergaduh dengan orang
bodoh di sosial media ibarat bertumbuk dengan babi di dalam lumpur. Dua-dua
akan kotor bergelumang dengan lumpur, dan babi sahaja yang gembira atau suka bergelumang
dengan lumpur. Sebab itu, jika berasa diri sebagai manusia, jangan bergaduh di media
sosial.
Jangan
berdebat dengan orang bodoh
No comments:
Post a Comment