Rasis
dan perkauman telah lama menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu
daripada bercakap tentang kepentingan Melayu.
Dua
istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, bimbang kalau apa yang
dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman. Mereka tidak mahu
menyinggung perasaan kaum lain.
Bagaimanapun
dari sudut lain, fobia dilabel dua istilah ini pula membuka laluan kepada kaum
lain bertindak sebaliknya kepada orang Melayu.
Sebenarnya
kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya
orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain.
Dalam
budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula
terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka.
Inilah
orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang
seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati
kelaparan.
Dalam
konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang
etika sebagai tuan rumah. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam
kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni
menjaga hati tuan rumah.
Tetapi
apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan
gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka?
Sebenarnya
orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang
dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang
menyuarakan tentang hak mereka.
Ketidakadilan
menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum
lain, melainkan orang Melayu.
Persoalannya
benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat
keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu?
Dalam
sebuah kampung yang dihuni oleh orang Melayu bukanlah suatu fenomena yang luar
biasa kalau ada sebuah kedai runcit Cina yang begitu maju perniagaannya.
Siapakah
yang memajukan perniagaan kedai runcit ini kalau bukan semua orang Melayu di
kampung berkenaan?
Kalau
benar orang Melayu mengamalkan racisme, percayalah tidak ada kedai India
atau Cina di kampung-kampung Melayu. Orang Melayu tidak ada masalah untuk
berurusan jual beli di kedai milik Cina dan sikap ini bukan dibuat-buat
sebaliknya memang menjadi amalan sejak dulu lagi.
Di
pekan atau bandar-bandar pula, sebahagian besar kedai dimiliki oleh orang Cina
dan segelintir saja dimiliki orang Melayu. Orang Cina tidak pergi ke kedai
orang Melayu seperti orang Melayu berduyun-duyun ke kedai Cina.
Malah
sikap terbuka orang Melayu ini juga banyak membunuh perniagaan orang Melayu di
pekan dan bandar-bandar besar apabila orang Melayu pilih kedai Cina dan orang
Cina pilih kedai kaumnya.
Itupun
orang Melayu tetap dianggap kaum yang mengamalkan racisme terhadap kaum lain.
Gambar kembara berjalan kaki (hiking) ke Bukit Gua Kambing tiada kaitan dengan tulisan ini. Sekadar hiasan.
How do casino slots work? - Dr.MCD
ReplyDeleteWhen using the slot 공주 출장샵 machines, the 동해 출장안마 players can have an 부천 출장마사지 amazing experience playing Some slot machines can also 춘천 출장안마 run any type of 고양 출장샵 machine, and even