Thursday, 27 August 2020

KOMANDO REST CARA LATIH ANGGOTA JADI LASAK

Komando pasukan tentera elit. Kebolehan anggota komando memang luar biasa hebat dalam menjalankan operasi atau tugas khas. Mereka tangkas melaksanakan apa sahaja tugas dan keadaan sama ada di udara, laut dan darat.

Untuk menjadi anggota komando memang memerlukan latihan yang juga luar biasa. Hanya mereka yang cekal dan cekap sahaja layak ditauliahkan sebagai anggota komanda.

Jadi, sesuatu yang hebat sering dikaitkan dengan komando. Satu yang dikaitkan dengan latihan komando ialah komando rest atau rehat komando. Bunyinya rehat, tetapi sebenrnya satu latihan yang jika orang lain buat akan dikenang sebagai sesuatu yang sukar dilakukan.

Kalau letak kepala atas rumput atau tanah tu sudah dikira bernasib baik. Yang teruknya kena letak kepala di atas tar. Kena pula masa tengah panas. Gelegak otak  woi. 

Komando rest ni sebenarnya turut menjadi satu latihan dan juga denda dalam latihan ketenteraan. Maknanya, bukan anggota komando sahaja yang kena. Mereka yang mengikuti latihan lasak biasanya akan melalui pengalaman komando rest.

Latihan dan denda yang dilalui cara komando rest sebenarnya banyak mengajar jiwa menjadi kental dan fizikal yang lebih mantap.

Tuesday, 11 August 2020

UNTUNG PILIH POKOK KELADI HIASAN ADA UBI BESAR

Sekarang ini banyak orang yang minat tanam pokok keladi sebagai pokok hiasan. Banyak jenis pokok keladi yang bentuk dan daunnya cantik. Kelebihan pokok keladi ia mudah tumbuh.

Kepada yang baru berjinak-jinak dengan tanaman keladi hiasan, satu petua untuk ‘untung’ ialah dengan membeli pokok keladi yang sudah ada ubi atau isi yang besar.

Pokok keladi membiak dari ubinya. Jadi, kalau dapat ubi yang sudah besar, mudah ia mengeluarkan tunas yang baharu dan seterusnya membesar sebagai pokok baharu.

Bahkan, kalau membeli pokok keladi yang ada ubi besar, boleh dibelah kecil dan kemudian disemai. Insya-Allah lagi banyak pokok yang tumbuh.

Jadi, jika membeli pokok keladi, jangan tengok daunnya sahaja. Daun hanya ditengok untuk melihat jenisnya sahaja. Kalau nampak layu dan tidak segar pun tidak mengapa asalkan murah. Yang tidak segar boleh disegarkan semula.

Lainlah jika banyak wang, boleh beli yang segar dan besar pokoknya tanpa memikirkan tentang isinya. Tetapi ingat, yang segar pun boleh jadi layu dan mati jika tidak dijaga dengan betul.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.