Sunday, 31 May 2020

MENDAPAT HIDAYAH PADA PENGHUJUNG USIA

Hidayah itu milik Allah yang diberikan kepada hamba yang terpilih. Ada orang lahir sebagai Islam, namun meninggal dalam keadaan kafir. Sesungguhnya iman itu tidak boleh diwarisi biarpun hidup dalam keluarga yang bertakwa.

Kisah tentang seorang yang tidak beragama (free thinker) mengucap dua kalimah syahadah kurang 24 jam sebelum meninggal dunia adalah bukti tentang bukan permulaan itu penentu segala-gala dalam hidupnya ini, tetapi pengakhiran dalam iman itulah yang diharapkan.

Tan Foo Hack. 66, mengidap kenser yang kritikal. Ahli keluarga kerap menyuruhnya berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya. Memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam.

Namun segala-galanya berubah apabila pada satu pagi, dia meminta penjaganya beragama Islam, Nurin, agar mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah yang turut disaksikan oleh adiknya, Suzie. 

Menurut Suzie,  arwah cakap 'aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam' sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya meninggal dunia akibat kanser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei 2020.

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.

Tambahnya lagi, amat menakjubkan selepas mengucap, arwah kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

"Menjelang malam, anak dan menantu arwah pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggal dalam tidur," ucap Suzie.

Sementara itu, adik bongsu arwah, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeluk Islam agak mengejutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, fasih berbahasa Melay, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment