Wednesday, 25 March 2020

CARA MUDAH BUAT SENDIRI PERISAI MUKA

Selain penutup mulut dan hidung, satu lagi 'alat' untuk mencegah virus 'singgah' di bahagian muka ialah dengan menggunakan perisai muka (face shield).  Ada perisai muka khusus yang ada di pasaran, tetapi harga agak mahal. Cara mudah dan murah untuk mendapatkan perisai muka adalah dengan membuat sendiri.

Antara bahan-bahan yang digunaka:
- Span atau kertas tebal yang boleh dilenturkan.
- Plastik lutsinar A4 dengan ketebalan minimum 0.2 milimeter (mm).
- Double sided tape
- Tali elastik (10mm)
- Pemotong kertas, guting atau pisau

Span atau kertas tebal dijadikan 'rangka' untuk melekatkan plastik lutsinar. Ia juga untuk menjarakkan plastik dengan muka. Sebab itu, lebih tebal adalah lebih baik. Penggunaan span lebih sesuai berbanding kertas tebal.

Double sided tape digunakan untuk melekatkan span dan plastik lutsinar.

Bahagian penjuru bahagian atas ditebuk untuk dimasukkan tali elestik yang berfungsi untuk melekatkan atau memakai perisai muka tersebut.

Gambar: Perisai muka dihasilkan oleh sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

No comments:

Post a Comment